Jangan tokok-tambah usaha pembangkang lagakan pemimpin

Pakatan Harapan diseru agar tidak terikut-ikut dengan pembangkang yang sentiasa cuba melaga-lagakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat seruan itu kerana melihat kesungguhan pembangkang berbuat demikian.

“Parti-parti pembangkang, memang konsisten menyerang kerajaan Pakatan Harapan, menyerang tonggak kepimpinan kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan pula orang kita menokok sama,” kata Dr Wan Azizah.

Menurutnya, beliau sedia maklum lumrah orang politik yang akan sentiasa dikritik lawan dan kawan.

“Kita tiada masalah menerima kritikan, namun kebanyakan mereka menghamburkan kata-kata kesat dan menggunakan ayat-ayat yang tidak enak didengar.

“Dalam erti kata lain boleh mengkritik tapi beradab dan berfakta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dewan Yayasan Aman dan Majlis Meraikan Otai Reformasi di Yayasan Aman Penanti pada 24 Mei.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah menyeru rakyat agar fokus untuk membina semula negara.

“Dalam Kerajaan Baharu ini, kita harus mula membetulkan dan mengemaskini budaya kerja serta sikap dalam mengendalikan pentadbiran kerajaan.

“Oleh itu, saya mengajak semua untuk mendukung usaha kepimpinan Perdana Menteri memulihkan negara daripada kerosakan yang dilakukan oleh Umno-BN,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73517

Posted by on May 24 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE