Jawatankuasa Khas Parlimen Petronas bukan untuk campur tangan operasi Petronas – William

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), William Leong Jee Keen ingin menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk Petronas adalah untuk memastikan ketelusan operasi kewangan Petronas sambil merealisasikan prinsip semak dan timbang terhadap kuasa Perdana Menteri bagi mengelakkan timbulnya isu salah guna kuasa dan penyelewengan wang milik rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengkritik manifesto PAKATAN untuk menubuhkan jawatankuasa khas parlimen Petronas sebagai campur tangan pengurusan perniagaan Petronas.

WilliamMenurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh calon kerusi Parlimen Selayang William Leong Jee Keen hari ini, Petronas meraih keuntungan besar saban tahun, namun amalan ketelusan dalam pengurusan Petronas masih kekurangan. Ini adalah kerana hanya Perdana Menteri diberikan kuasa bagi meneliti akaun atau keadaan semasa kewangan Petronas.

Sehingga kini, rakyat tidak mempunyai peluang untuk memantau penggunaan kewangan Petronas yang diperolehi daripada penggunaan kekayaan sumber asli negara ini. Lantas, sejauh mana rakyat dapat merasai manfaat daripada kekayaan sumber asli negara menjadi tanda tanya rakyat Malaysia.

Menurut laporan, harga minyak antarabangsa sehingga 31 Mac 2012, keuntungan bersih suku pertama bagi tahun tersebut Petronas adalah sebanyak RM20.7 bilion, di mana hasil pendapatan tersebut turut membawa keuntungan kepada perbendaharaan negara.

William Leong Jee Keen adalah calon kerusi Parlimen Selayang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut beliau, manifesto Pakatan dalam menjanjikan penubuhan Jawatankuasa khas parlimen Petronas adalah satu pendekatan yang demokratik. Oleh kerana ianya dilakukan untuk memisahkan kuasa Perdana Menteri, ianya menggalakkan pelaksanaan prinsip pemisahan kuasa. Lantas, ianya merupakan sebuah mekanisme semak dan timbang untuk memastikan ketelusan dalam penggunaan kewangan Petronas serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjadikan Petronas sebagai pokok yang membuahkan emas. Ini seterusnya menyebabkan CEO Petronas Shamsul Azhar mengutarakan perasaan tidak puas hati terhadap Perdana Menteri di Persidangan Gas Sedunia ke-25, di mana beliau mengungkapkan hasrat Petronas untuk tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menjadi sumber pendapatan utama kepada kerajaan BN.

Oleh demikian, jika BN meneruskan kuasa pentadbiran, Petronas dijangka akan terus dikikis sehingga kering oleh kerajaan BN. Ketiadaan mekanisme semak dan timbang bagi meninjau penggunaan kuasa Perdana Menteri adalah punca penyelewengan yang kian berlaku di Petronas oleh kerajaan BN.

Petronas sebagai syarikat milik kerajaan dan rakyat Malaysia, menjadi kebanggaan negara apabila Fortune Global 500 meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-68 terbesar di dunia pada tahun 2012,Petronas secara amnya boleh dikategorikan sebagai antara syarikat multinasional tempatan terbaik di Malaysia yang boleh berdiri sama tinggi bersama syarikat-syarikat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, keuntungan besar yang diraih oleh Petronas tidak memberi manfaat kepada rakyat. Hasil pendapatan yang diraih diguna oleh Kerajaan BN untuk menjalankan projek-projek mega seperti pembinaan Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, pembiayaan aktiviti perlumbaan kereta Formula 1, menaja pasukan Formula 1 serta penyelenggaraan trek kereta Formula 1.

William Leong Jee Keen menegaskan persetujuan beliau berkenaan manifesto PAKATAN untuk menubuhkan jawatankuasa khas parlimen Petronas selepas memegang kuasa mentadbir negara selepas PRU-13. Dengan memberi kuasa kepada Jawatankuasa tersebut untuk memantau dan mengawal perbelanjaan Petronas, ianya dapat digunakan untuk kebaikan rakyat seperti pendidikan percuma, persekitaran hidup yang lebih baik, membantu golongan miskin, ibu tunggal, dan membantu warga tua.

Akhir sekali, menurut William Leong Jee Keen, calon KEADILAN, ”keuntungan Petronas tidak wajar menjadi sumber perbelanjaan boros kerajaan BN kerana amalan tersebut membawa kepada kitaran hutang dan bergantung kepada kejayaan orang lain.”

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49273

Posted by on Apr 5 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE