Jelajah Anwar & pengenalan calon Pakatan P Pinang 19 April (Jumaat)

Sebelum melangkah ke hari penamaan calon, Ketua Umum KEADILAN yang juga calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menggempur parlimen itu.

K pilahProgram pertama yang dijadualkan akan dihadiri Anwar adalah solat, munajat dan tazkirah Maghrib yang akan diadakan di Madrasah An-Nahdhoh, Kg Petani, Kubang Semang.

Seterusnya bagi menghangatkan program bersama Anwar di negeri itu, akan ditampilkan pembongkaran eksklusif, klon Anwar Ibrahim versi Thailand yang turut diadakan di Madrasah An-Nahdhoh jam 9 malam.

Manakala bagi program ceramah dan pengenalan calon-calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang pula akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah yang akan berkongsi pentas bersama Anwar pada malam itu terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dan barisan calon Pakatan Rakyat negeri itu.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50637

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google