Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim & pengumuman calon di Pahang, Terengganu 9 April (Selasa)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan Jelajah Pakatan Harapan Rakyat dan pengumuman calon KEADILAN di Pahang dan Terengganu 9 April ini.

Anwar 3Beliau yang dijadual menyampaikan ceramah dan pengumuman calon di Pahang akan diadakan di Hotel Megaview, Kuantan bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Barisan penceramah yang akan bersama Anwar pada malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang juga calon KEADILAN Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang.

Seterusnya bagi ceramah di Terengganu dan pengumuman calon di negeri itu akan diadakan di Taman Jakar Jaya, Cukai, Kemaman bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala penceramah akan berkongsi pentas dengan Ketua Pembangkang itu antaranya, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Pasir Gudang, Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid dan ustaz Ismail Harun.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49592

Posted by on Apr 8 2013. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google