Jelajah Srikandi 2.0: Srikandi gempur Parlimen Papar

Srikandi KEADILAN hari ini telah memasuki hari keenam yang merupakan hari terakhir kami dalam siri jelajah Srikandi Pusat bersama Srikandi Negeri ke Parlimen-Parlimen tumpuan di seluruh negeri Sabah. Parlimen Papar menjadi Parlimen tumpuan yang mana ia merupakan Parlimen yang dimiliki oleh Ketua Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Sepanjang tinjauan kami di kawasan Parlimen ini kami mendapati hampir keseluruhan rakyat di bandar mahupun pendalaman mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti KEADILAN Rakyat. Sokongan ini dizahirkan melalui laungan semangat “inikalilah” setiap kali kami mendekati mereka. Pagi ini juga Srikandi telah mengedarkan hampir 1000 poskad tawaran Pakatan Rakyat kepada penduduk setempat.

srikandi iNamun perkongsian kami ialah keadaan politik yang diamalkan oleh Timbalan Menteri ini yang mana rata-rata rakyat yang memperlihatkan dasar ingin berubah akan tetapi diugut untuk tidak berbuat begitu. Politik yang sama dipergunakan oleh hampir semua pimpinan umno yang semakin tertekan dengan rasa kebangkitan rakyat. Menyusuri kawasan ini juga kami mendapati kelemahan prasarana dan perkhidmatan dari segi perlaksanaan hak asasi rakyat itu terang dan jelas diketepikan.

Rata-rata tempat yang dilawati di bandar papar dan perkampungan dikawasan ini terdedah dengan kelemahan sistem penyelenggaran kebersihan yang terabai. Antara faktor pengabaian ini ialah kerana Datuk Rosnah mengamalkan sifat “pilih bulu” dalam mengagihkan peruntukkan dan pembanggunan kawasan. Apakah Datuk Rosnah kira dengan adanya “Restoran KFC”, Pasaraya Giant” itu telah melambangkan pembanggunan dikawasan itu sedangkan yang diinginkan rakyat ialah kemudahan yang melibat penghidupan seharian mereka.

Saya menyifatkan bahawa Datuk Rosnah gagal berfungsi sebagai Timbalan Meteri Kesihatan apabila kawasan beliau sendiri gagal disediakan dan disiapkan dengan perkhidmatan ambulans,ubat-ubatan yang mencukupi dan peralatan rawatan bagi menghadapi rakyat dikawasan ini. Beliau juga gagal menjaga kebajikan doktor-doktor yang dihantar berkhidmat di negeri ini khususnya dikawasan beliau.

Untuk itu Srikandi sekali lagi dengan semangat perubahan ini menyatakan kepada pemimpin Umno khususnya Ketua Pergerakkan Puteri Umno ini untuk memberhentikan budaya politik “ugut”berpolitiklah secara matang dan jangan menggunakan budaya kotor dalam mengekalkan kuasa yang sedia ada. Rakyat semakin bijak dalam membuat perubahan,dan Insyaallah “inikalilah” rakyat akan bangkit tumbangkan kerajaan yang zalim dan menindas ini.

Siti Aishah Bt Shaik Ismail
Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44344

Posted by on Feb 4 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google