Jenayah ke atas wanita meningkat, tapi polis bohong – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 14 Jan: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak pembohongan Umno BN mengatakan indeks jenayah negara ini menurun, sedangkan kejadian jenayah terutama melibatkan wanita makin menjadi-jadi.

“Jenayah terhadap wanita meningkat seperti kes ragut, bunuh, rogol dan sebagainya. Apa yang Kerajaan Persekutuan buat hanya memberi persepsi indeks jenayah menurun,” katanya dipetik Media Selangorku.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kempen Wanita Menentang Jenayah anjuran Kerajaan Selangor, semalam.

Kempen yang dilancarkan di Tapak Bazarena Stadium Shah Alam itu mampu memberi kesedaran dan pengetahuan berguna untuk wanita apabila berdepan dengan penjenayah.

Kempen tersebut yang dihadiri kira-kira 100 hadirin itu dilancarkan oleh Wan Azizah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, sebelum ini kerajaan negeri mengambil langkah memperkasakan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) bagi membantu wanita yang menjadi mangsa rogol atau seumpamanya.

Sehingga kini, terdapat enam hospital yang menyediakan perkhidmatan OSCC di seluruh Selangor.

‚ÄúPelancaran Kempen Wanita Menentang Jenayah hanyalah permulaan dan akan diteruskan ke seluruh Selangor bagi memastikan kaum wanita khususnya di Selangor dapat berkongsi pengetahuan,” katanya dipetik.

Sebelum itu, dalam pelancaran kempen yang turut disertai Timbalan Speaker Selangor, Haniza Talha dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, kira-kira lebih 500 wisel, penyembur lada dan kad tip keselamatan diedarkan kepada orang ramai yang berada di Pasar Pagi Shah Alam.

Turut dipaparkan dalam program sama, demonstrasi beberapa langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi menyelamatkan diri ketika diserang penjenayah.

Selepas sidang media, Wan Azizah, Rodziah dan beberapa pimpinan Wanita KEADILAN Selangor mengunjungi tapak jualan dan beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga.

Dari Shah Alam, Wan Azizah bersama delegasi pimpinan Cabang Klang, diketuai Yew Boon Lye, mengunjungi rumah ibu tunggal, Aishah Mohammad, 42, di Klang bagi menyampaikan bantuan.

Kesusahan Aishah yang hanya berpendapatan RM300 sebulan untuk menyara lapan anak mendapat perhatian Wan Azizah.

Menurut Wan Azizah, KEADILAN akan membantu Aishah dalam memberikan latihan agar beliau dapat menyara keluarganya dengan sumber pendapatan mencukupi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43107

Posted by on Jan 14 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google