Jentera Harapan bersemangat tawan Rantau

Semangat jentera Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berada pada tahap tertinggi sewaktu tempoh kempen tinggal sehari, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang berada di Rantau semalam berkata jentera Harapan menunjukkan semangat yang tinggi untuk menawan kerusi DUN Rantau.

“Nampak gaya memang bagus, tingginya rasa semangat untuk kita sama-sama menangani masalah pilihan raya kecil, sebab ini (PRK) berlaku kerana Dr Streram (calon Harapan) telah dinafikan hak untuk bertanding pada pilihan raya lalu,” katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim dan calon Harapan Dr Streram Sinnasamy.

Dr Wan Azizah meluangkan masa menziarahi warga emas dan golongan asnaf di Kampung Sega Tengah dan lima buah rumah di Kampung Sega Hilir.

PRK Rantau esok menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon BN Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73300

Posted by on Apr 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE