Johari Abdul pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan baharu

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Johari yang sebelum ini merupakan pengerusi whip KEADILAN, atas lantikan itu.

“Sekalung tahniah buat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul atas lantikan sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan.

“Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan saksama,” kata Dr Wan Azizah menerusi akaun Twitter beliau.

Johari sebelum ini adalah Timbalan Ketua Whip KEADILAN dari 2008 sehingga 2013. 

Beliau kemudian menjadi Ketua Whip KEADILAN dari 2013 sehingga 2018.

Pemegang ijazah sarjana Pengajian Strategik dari University of Lancaster ini pernah menolak tawaran dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72144

Posted by on Aug 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE