Johor bukan lagi ‘kubu’ BN, KEADILAN rancang program gempur berterusan

Srikandi KEADILAN mengedarkan Buku Jingga di Pasar Malam Pesta, Batu Pahat

KUALA LUMPUR: Berdasarkan tinjauan yang dilakukan KEADILAN, rata-rata penduduk di negeri Johor yang terkenal dengan gelaran ‘kubu Barisan Nasional’ bertekad untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Ezaddin Abdul Rahman berkata, sepanjang tempoh dua bulan melakukan tinjauan termasuk di kawasan bandar dan separa-bandar, isu utama yang dibangkitkan adalah peningkatan kos kehidupan mendadak selain isu sosial dan kebajikan.

“Kepada golongan muda, isu pemilikan aset seperti rumah dan kereta menjadi permasalahan utama. Begitu juga dengan beban hutang pinjaman pendidikan yang besar.

“Kepada kelompok yang hanya mempunyai taraf pendidikan sederhana dan rendah, isu mereka ialah peluang pekerjaan yang dimonopoli oleh warga asing. Jika mereka bekerja di sektor yang sama, pendapatan mereka sangat rendah, tak sesuai dengan kos kehidupan semasa,” kata Ezaddin kepada Keadilandaily.

Beliau menjelaskan demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang kononnya mendakwa isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah semata-mata kepada kredibilti calon Umno.

Ghani dilaporkan merayu kepada orang Melayu di negeri itu termasuk ahli Pas untuk bersatu kerana kononnya perkembangan itu adalah satu cabaran besar yang boleh menggugat masa depan orang Melayu.

“Orang Melayu di kawasan luar bandar yang paling banyak terkesan daripada peningkatan kos kehidupan akibat polisi kerajaan. Ini termasuk dasar kerajaan negeri yang pincang. Sebagai contoh, kadar tarif air yang paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Johor,” jelas Ezaddin..

Justeru, AMK Johor merancang untuk meneruskan program serupa ke seluruh pelusuk negeri.

Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali bertemu mangsa kebakaran di Pekan Senggarang

Terbaru, pada 7 hingga 9 Mei lalu, Cabang KEADILAN Batu Pahat dengan kerjasama Srikandi KEADILAN Pusat mengadakan tinjauan langsung dan program edaran risalah di sekitar kawasan Dun Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Turut  hadir menjayakan program ialah Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Mereka turut singgah membantu mangsa kebakaran yang melibatkan 7 rumah kedai di pekan Senggarang.

“Persepsi orang ramai terhadap Umno dan Barisan Nasional semakin buruk. Namun, pendekatan kita lebih menekankan kepada kesan positif yang berlaku sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang,” ujarnya.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13121

Posted by on May 10 2011. Filed under AKTIVITI & CERAMAH, BUKU JINGGA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE