Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ di Bentong, Pahang

(Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012

“Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan,” kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012.

Konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan’ bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41524

Posted by on Dec 21 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE