Kacau di SUK, Jamal Baju Merah direman 3 hari

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Ahad untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan  kerana tindakannya memecahkan botol bir di luar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor semalam.

Tujuh lagi individu yang menyertai protes itu bersama Jamal juga direman untuk tempoh yang sama, lapor The Malaysian Insight.

Jamal yang lebih dikenali sebagai kepala kumpulan pendesak perkauman Baju Merah itu memecahkan botol arak sebagai membantah permohonan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat awal hari ini dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Jamal dan tujuh lagi lelaki di sekitar Sekinchan ditahan kira-kira jam 1.45 malam semalam.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam.

Jika didapati bersalah, Jamal berdepan dengan hukuman penjara enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70614

Posted by on Oct 6 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE