Kadar inflasi turun bukti kemampuan Harapan mentadbir

Kadar inflasi negara pada tahap 1 peratus bagi 2018 membuktikan Pakatan Harapan mampu memulihkan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, usaha kerajaan sejak sembian bulan lepas kini membuahkan hasil.

“Kadar inflasi tahun lepas adalah 1 peratus, yang paling rendah sejak 2009. Ini jauh lebih rendah berbanding 3.7 peratus pada 2017.

“Ini adalah usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan namun usaha kerajaan sejak sembilan bulan lalu mula membuahkan hasil,” katanya sewaktu menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Wangsa Maju, semalam.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan berdepan pelbagai kekangan sejak mengambil alih pentadbiran negara kerana beban hutang pentadbiran dahulu.

“Kita mahu negara kita maju dan rakyat hidup dengan selesa dengan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, beliau memberi jaminan akan bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung kekeliruan tentang subsidi ibadah haji.

“Saya mahu semak perkara ini kerana saya tiada perinciannya buat masa sekarang,” katanya memetik laporan The Sun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72941

Posted by on Feb 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE