Kadar jenayah meningkat, Azizah selar Pemandu

(oleh: Mohd martin Kahar)

 

PETALING JAYA 13 Julai: KEADILAN menggesa kerajaan menyelesaikan peningkatan kes jenayah dan bukan memberi tumpuan kepada usaha menangani persepsi umum, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mempersoal kenyataan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) semalam, kononnya hanya 0.75 peratus (RM1.8 juta) daripada peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dibelanjakan untuk program kesedaran.

Menurut Azizah, PEMANDU salah apabila menyatakan KEADILAN mendakwa  71% daripada dana GTP  dibelanja untuk perhubungan awam bagi meningkatkan persepsi orang ramai terhadap polis.

“Kami tidak pernah berkata demikian. Kami berkata kerajaan memperuntukkan 71% daripada bajet operasi NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pengurangan Jenayah ke arah “persepsi menguruskan perasaan takut terhadap jenayah”

“Jawapan Pemandu adalah salah. Tambahan pula, jawapan Pemandu tidak mencukupi dengan menonjolkan angka 0.75%, tanpa mendedahkan perbelanjaan penuh, menjalankan “nitpicking” dan bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu besar,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

“Jika PEMANDU mahu ‘nitpick’ pada istilah perhubungan awam, sudah tentu matlamat meningkatkan kepuasan awam terhadap polis harus jatuh di bawah definisi perhubungan awam itu sendiri.

“Belanjawan yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat itu ialah RM27 juta yang merupakan 11.25 peratus daripada belanjawan pengurusan NKRA dan bukan o.75 peratus seperti disebut,” jelas Dr Wan Azizah.

Azizah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyembunyikan fakta jenayah sebenar di negara ini apabila mengatakan ia berada pada kadar  selamat.

Sedangkan katanya, Bekas ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini pula mendedahkan sebaliknya.

Musa dilapor mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dan meminta pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Pada 10 Julai lalu, Wan Azizah mendedahkan 71 peratus daripada belanjawan NKRA 2012 atau bersamaan RM170 juta digunakan untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Katanya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan, dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam dengan polis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32758

Posted by on Jul 13 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google