KADS1M rumit dan lambat menyusahkan pelajar

(Oleh Sandrea Ng)

Kelewatan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) untuk pelajar universiti mendapatkannya mengundang pelbagai reaksi mahasiswa di seluruh negara.

kads1mSemua maklum bahawa kewujudan KADS1M adalah untuk menggantikan baucar buku yang terpaksa dimohon secara atas talian menerusi Bank Rakyat.

Kerajaan sepatutnya ikhlas untuk membantu pelajar bukannya menyusahkan pelajar-pelajar.

Takkan hendak tunggu sehingga habis semester baru pelajar boleh manfaatkannya untuk membeli buku?

Kad siswa ini banyak manfaatnya kepada para pelajar cuma pengurusan untuk mendapatkannya terlalu sukar. Mengapa ini terjadi?

Bukankah KADS1M diwujudkan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Dengan 919,628 pelajar IPT layak untuk memohonnya dan telah membuka akaun di Bank Rakyat, sepatutnya sediakan satu sistem pelajar untuk menyemak status permohonan mereka.

Terdapat terlalu banyak rungutan, antaranya pelajar sudah mengisi permohonan dua tiga kali namun sehingga kini masih tidak mendapat maklum balas yang dijanjikan melalui emel.

Terdapat juga banyak permohonan yang dilakukan sebelum ini namun tiada dalam sistem. Setelah siap, pelajar terpaksa pula mengambilnya di bank.

Saya menggesa kerajaan untuk mengambil serius akan permasalahan ini agar bantuan yang sepatutnya dinikmati itu sampai terus kepada kepada pelajar.

Sudahlah bajet pendidikan dipotong, jangan hendak pula menyusahkan mereka dengan bantuan sebegini rupa.

* Sandrea Ng merupakan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69954

Posted by on May 16 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE