Kaji agar TPPA tidak jejas kepentingan negara – Anwar

(Oleh: Mohd Arif Juhani)

AMPANG, 23 Jun: Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) akan mendatangkan banyak manfaat kerana tidak seperti negara lain, Malaysia banyak bergantung kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI).

DSAI KOnvensyenKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak wajar sekiranya Malaysia mengambil sikap muktamad dengan menolak perjanjian berkenaan, tetapi jika kesannya membebankan rakyat, maka perjanjian itu mesti diteliti semula.

“Maka pasukan atau panel dari kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus meneliti dan membuat satu konsensus menentukan peruntukan mana yang harus diteliti semula supaya perundingan TPPA tidak menjejaskan kepentingan negara,” katanya dalam ucapan aluan ketika Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di Hotel De Palma.

Tambah Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu lagi, pengalaman Korea adalah contoh yang lebih hampir dan relevan dengan Malaysia walaupun negara itu menerima tekanan yang kuat dari Amerika Syarikat tetapi mampu membangun menjadi sebuah negara maju.

“Dan Malaysia harus berdiri dengan lebih bebas dan berani dalam menguruskan ekonominya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

DSAI KOnvensyenSebelum ini, kerajaan Malaysia didesak supaya menarik diri dari menyertai TPPA kerana rundingan itu didakwa member kesan buruk yang besar kepada bumiputera yang banyak bergiat dalam industri kecil dan sederhana selain menyebabkan harga ubat-ubatan menjadi lebih mahal berbanding sekarang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53691

Posted by on Jun 23 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google