Kartunis Independen: Manifesto Pakatan penuhi harapan rakyat

(Oleh Ariff Juhani)

PETALING JAYA 14 MAC: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yakin Manifesto Pakatan Rakyat mampu memenuhi harapan rakyat untuk pulih daripada beban kehidupan di bawah pemerintahan Umno.

Kartunis Zunar yang mengetuai KKI berkata, Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat bukan sekadar manifesto politik tetapi meliputi sebahagian daripada harapan rakyat.

Zunar 2“Manifesto Pakatan untuk turunkan harga minyak, caj air dan elektrik, hapus dan batalkan saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) serta tawaran pendidikan percuma adalah sebahagian harapan rakyat.

“Manifesto ini lebih meyakinkan untuk memulihkan kesusahan hidup rakyat selepas lebih lima dekad. Berbanding Umno BN, mereka hanya mampu memberikan ‘ubat penahan sakit’ kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

Beliau berucap pada pelancaran Manifesto Rakyat dalam bentuk kartun di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Pelancaran itu dirasmikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Zunar berkata, keyakinan terhadap manifesto berkenaan mendorong KKI untuk mempromosikan kempen manifesto dalam pelbagai bentuk menarik.

“Setakat ini, KKI mencetak baju T dan risalah berkonsep kartun untuk memudahkan orang ramai menerima mesej yang terkandung dalam manifesto itu.

“Dalam masa dua minggu lagi, kami akan hasilkan karya dalam bentuk animasi,” jelas Zunar.

Selain itu, kata Zunar, KKI aktif mengadakan program Jelajah Kartun ke seluruh negara untuk membantu Pakatan Rakyat menyampaikan mesej kepada rakyat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Sehingga kini KKI menjelajah ke Pahang, Perak, Melaka dan terbaharu di Taman Tasik Titiwangsa,” kata Zunar.

Kumpulan artis berkenaan menggunakan sebuah van khas bagi menjayakan siri jelajah tersebut.

KKI yang dianggotai 35 karyawan mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk mencetak kartun manifesto dalam pelbagai versi menerusi emel: kumpulankartunisindipenden@gmail.com. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47332

Posted by on Mar 14 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google