KATS cadang kitar semula sisa enap cemar air

Sisa buangan air atau sisa enap cemar air akan diklasifikasikan sebagai bahan bukan buangan terjadual bagi membolehkannya dikitar semula.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, perkara itu akan diputuskan melalui perbincangan antara kementeriannya dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

“Terdapat beberapa kajian saintifik di Malaysia menunjukkan bahawa sisa enap cemar air bukan bahan buangan terjadual kerana tidak bercirikan toksik, menghakis, mencucuh dan reaktif,” katanya ketika menjawab soalan lisan dalam Dewan Rakyat pada Selasa, 22 Oktober.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah Anggota Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow yang memintanya menyatakan kaedah pengurusan sisa berjadual dan mencadangkan agar proses kitar semula sisa enap cemar air dipertimbangkan.

“Sememangnya menjadi hasrat kementerian supaya sisa enap cemar air ini diklasifikasikan semula sebagai bukan bahan buangan terjadual, namun buat masa ini penetapan itu mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Akta Alam Sekitar 1974 (Akta 127),” Ujar Dr. Xavier.

Dalam pada itu, satu simposium khas bagi membincangkan potensi sisa enap cemar air dan juga perkongsian pengurusannya oleh Belanda akan berlangsung pada November depan di ibu negara.

Buat masa ini, kaedah pelupusan bahan buangan air di negara ini dilakukan oleh Cenviro Sdn. Bhd. di Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan juga di tapak pelupusan sanitari di bawah seliaan JAS.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74174

Posted by on Oct 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE