KEADILAN ada bukti pembelian undi di Segamat – Jui Meng

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 13 MEI: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan.

chui-jui-meng“Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi,” katanya kepada Keadilan Daily.

Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6.

“Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat,” katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

“Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya,” jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor.

Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya.

Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52033

Posted by on May 13 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE