KEADILAN ada peluang cerah menang petisyen Kota Marudu

KUALA LUMPUR 28 OGOS: KEADILAN mempunyai peluang cerah untuk memenangi perbicaraan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Marudu, Sabah.

Pempetisyen, Datuk Maijol Mahap (gambar: berbaju hitam), calon KEADILAN untuk kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 berkata, keterangan oleh 17 saksi pada perbicaraan itu kukuh dan menyebelahi tuntutan beliau.

“Ketua Tempat Mengundi (KTM) gagal menyerahkan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi yang diperolehi setiap calon serta bilangan undi rosak kepada ejen pilihan raya KEADILAN. Ini menyalahi Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981,” kata Maijol.

maijol_8 - CopyPerbicaraan petisyen memasuki hari ketujuh di Mahkamah Pilihan Raya Sabah hari ini. Mahkamah menetapkan perbicaraan ini berjalan sehingga 30 Ogos nanti.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu dinamakan sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Maijol, Borang 14 yang gagal diserahkan KTM itu menunjukkan beliau memperolehi bilangan undi yang tinggi.

“Saya tidak tahu jumlah undi, saya hanya mengetahui apabila berpeluang melihatnya dan ia menunjukkan saya memperolehi bilangan undi tertinggi tetapi pada malam pengiraan undi, saya tidak diberikan maklumat ini,” jelasnya, lapor Media Selangorku.

Dalam pertandingan empat penjuru bagi DUN Kota Marudu, Ongkili yang mewakili Barisan Nasional (BN), menang tipis dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi manakala Maijol meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau @ Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55216

Posted by on Aug 28 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google