KEADILAN akan gantung keahlian yang bersalah – Ahmad Kasim

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Ahmad Kasim berkata KEADILAN akan menggantung keanggotaan mereka yang terlibat insiden pergaduhan di bilik gerakan utama Pakatan Harapan dan menghalang tugas pihak berkuasa jika siasatan mendapati mereka bersalah.

“Siasatan akan bermula secepat mungkin setelah maklumat anggota yang didakwa melakukan kesalahan tersebut diperolehi.

“Pimpinan cabang dan anggota lain perlu membuat laporan terperinci kepada Lembaga Disiplin Parti bagi mempercepatkan proses ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Pada masa sama, Ahmad menyeru semua anggota parti untuk tidak mengambil jalan mudah dan sentiasa mematuhi undang-undang di negara ini.

“Kami memandang berat kes-kes seumpama ini terutamanya yang berkaitan dengan pencabulan undang-undang negara.

“Kami amat prihatin dan mengesa seluruh anggota parti sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mengambil jalan mudah,” katanya.

Sementara itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah parti yang menghormati undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap ahli berkenaan.

“Tiada sebab untuk (individu terlibat) mengambil alih kuasa dan kerja polis. Jika benar ini berlaku, saya sokong tindakan tegas polis kerana parti ini adalah parti yang menghormati undang-undang.

“Saya juga sudah merujuk kepada Biro Disiplin untuk membuat siasatan dalaman dan mereka bebas untuk mengambil tindakan,” katanya dipetik.

Media pada 13 April lalu melaporkan pergaduhan di antara dua kumpulan lelaki berhampiran Bilik Gerakan Utama Pakatan  Harapan Rantau selepas keputusan pilihan raya kecil Rantau diumumkan.

Selain itu, turut tular di media sosial adalah video lima orang lelaki memaksa dua orang anggota polis membuka but MPV mereka untuk diperiksa berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Rantau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73317

Posted by on Apr 15 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE