KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat

KUALA LUMPUR 29 Dis : KEADILAN mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk membersihkan nama kerana menggunakan duit zakat bagi membayar kos guaman peribadi.

“Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia segera tampil ke hadapan. Bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” kata Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, Jun 2011 lalu, Ketua Audit Negara mengesahkan Jamil menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar kos guaman pembatalan kes qazaf oleh Anwar.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail bersekongkol apabila tidak menyebut ‘pendahuluan RM63,650 daripada wang zakat yang digunakan Jamil.

Malah katanya Yamin Ismail menyalahkan Ketua Pembangkang dan pihak-pihak tertentu kononnya menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan sebarang salahguna wang zakat selain daripada untuk asnaf yang lapan adalah salah dan dosa besar.

“Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan,” kata ADUN Seri Setia itu.

Nik turut mempersoalkan mengapa wujud pilih kasih dalam kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

“Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat,”ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24865

Posted by on Dec 29 2011. Filed under NASIONAL, SEMASA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE