KEADILAN cabar Najib singkir 8 pemimpin Umno terlibat rasuah

(Oleh Aliff Fikri)

PETALING JAYA 12 MAC: KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan lapan pimpinan Umno yang terpalit skandal rasuah dan penyelewengan daripada senarai calon BN.

Shahrizat-Abdul-Jalil-NFCMereka terlibat adalah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Turut tersenarai, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media berkata, penyingkiran tersebut akan membuktikan keikhlasan Najib selaku Pengerusi BN untuk mementingkan calon di kalangan pemimpin ‘bersih’.

musa-aman“Nama-nama ini pernah memiliki rekod-rekod skandal rasuah harus digugurkan jika benar Najib mahukan calon bersih.

“Calon perlu dilihat bersih dan tidak tercemar, kerana semua mereka yang dinamakan itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi berkata, jika Najib tidak bersedia menggugurkan mereka, ia membuktikan Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan mampu menang, seperti diuar-uarkannya.

“Jika Najib masih menyenaraikan kelapan-lapan nama ini, bermakna Umno BN tidak pernah serius meletakkan calon, seperti mana yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008,” kata Rafizi. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47135

Posted by on Mar 12 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google