KEADILAN dapatkan pandangan Anwar dalam isu Zakir Naik

KEADILAN akan bermesyuarat dengan presiden parti, Anwar Ibrahim sebelum merumuskan pendiriannya tentang keberadaan pendakwah Dr Zakir Naik di Malaysia.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan yang parti itu akan mengumumkan pendiriannya kelak.

“Kita akan beri komen bila sampai masa,” katanya yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Anwar baru sahaja tiba di tanah air tengahari ini selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah.

“Alhamdulillah selamat tiba. Terima kasih atas doa semua,” tulis Anwar di laman Ffacebook beliau.

Dr Zakir Naik yang kini bertaraf pemastautin tetap Malaysia menjadi topik wacana hangat kerana kaedah dakwah perbandingan agamanya dalam sebuah masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Walaupun beliau kini dikehendaki pihak berkuasa India, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengulangi pendiriannya bahawa Dr Zakir tidak akan diusir dari Malaysia.

Dr Mahathir bagaimana pun mengalu-alukan mana-mana negara lain yang sanggup menerima penceramah itu.

Dr Zakir Naik kini berdepan dakwaan penggubahan wang haram di India – satu tuduhan yang dinafikannya dan disifatkan berniat jahat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73895

Posted by on Aug 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE