KEADILAN desak SPR umum jumlah pengundi pos

KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bilangan sebenar pengundi pos pelbagai kategori.

Ia termasuk bilangan pengundi pos di luar negeri mengikut negara, pemilih pos yang menjadi penjawat awam kategori 11 jabatan yang diwartakan serta petugas-petugas media.

Presiden KEADILAN merangkap calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail juga menuntut SPR menjelaskan mekanisme untuk menjamin pengundian pos tidak terdedah kepada penipuan dan manipulasi.

Ini khasnya mekanisme bagi memantau sampul undi pos benar-benar diterima oleh pengundi pos dan dipangkah oleh mereka.

“Sehubungan itu, saya menggesa supaya SPR mewujudkan mekanisme aduan bagi membolehkan mana-mana pengundi pos bagi membuat aduan jika mereka tidak menerima sampul undi pos mereka,” katanya dalam kenyataan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71594

Posted by on Apr 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE