KEADILAN desak SPRM dan KDN siasat kehilangan radar tentera

KUALA LUMPUR 29 JUN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) menyiasat kehilangan radar tentera yang ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas hari ini.

Menurutnya, kejadian itu amat mengejutkan dan merisaukan serta satu “kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius”.

“Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan persekongkolan di dalam jenayah ini. Saya menggesa pihak SPRM untuk membuat siasatan sepenuhnya.

“Memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negeri, saya menggesa Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri dan Kastam DiRaja Malaysia untuk segera memberi penjelasan terhadap isu ini serta menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat,” kenyatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipetik.

Terdahulu, sebuah radar bernilai jutaan ringgit yang dilaporkan dalam perjalanan dari Australia ke Belanda ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana tiada permit mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 pada bulan lalu.

Bagaimanapun, ia dilaporkan hilang dan dipercayai diseludup keluar dari negara ini.

Terkini, radar tersebut dilaporkan sebenarnya sudah dikesan dan sudah sampai ke destinasi sepatutnya iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam berkata pihaknya kini sedang menyiasat piwaian prosedur operasi jabatan itu yang membenarkan radar itu dilepaskan ke Belanda.

“Siasatan yang dijalankan JKDM sebenarnya menjurus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Pemerdagangan Strategik 2010,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70173

Posted by on Jun 29 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE