KEADILAN desak tangguh AES sehingga kajian teliti selesai

KUALA LUMPUR 17 Okt: KEADILAN mendesak kerajaan Umno BN menangguh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian teliti melibatkan semua pihak, dibuat.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presidennya, N Surendran berkata, ia berikutan pelaksanaan AES dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Tanpa menolak usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, beliau berkata, pendekatan kerajaan tidak harus membebankan rakyat.

Malah, katanya, pelaksanaan AES banyak kelemahan termasuk pemasangan kamera di lokasi tidak sesuai, papan tanda amaran yang tidak tepat dan banyak lagi.

“AES bukan bertujuan mendidik tetapi hanya meraih keuntungan. Rakyat tak puas hati kerana ia bukan mahu kurangkan kemalangan tapi untuk meraih keuntungan,” katanya.

Apatah lagi, Surendran berkata, perjanjian kontrak dengan syarikat pengendali meragukan apabila sejumlah RM800 juta dilabur untuk pemasangan kamera dan RM3.8 bilion untuk penyelenggaraan selama lima tahun.

“Kos ini tak masuk akal. Kroni Umno BN raih keuntungan dari projek ini sedangkan ia melibatkan wang rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang bertegas tidak akan meneruskan pemasangan AES kerana sehingga kajian terhadap pelaksanaan projek itu, selesai.

 

 *** Gambar dipetik dari pengguna facebook

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38075

Posted by on Oct 17 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE