KEADILAN edar 10,000 Buku Jingga percuma

KEADILAN Cabang Seremban menerbit dan mengedarkan 10,000 Buku Jingga secara percuma untuk rakyat di kawasan itu.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Naib Ketua Cabangnya, Aminuddin Harun berkata, tujuan pengedaran itu bagi memastikan rakyat celik maklumat mengenai dasar Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung di dalamnya.

“Kerajaan Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat dalam banyak isu dan pada masa sama enggan memberi peluang kepada kami menerangkan dasar parti di media arus perdana.

“Oleh itu, KEADILAN Cabang Seremban menerbitkan sendiri Buku Jingga demi memastikan rakyat mendapat maklumat secara adil dan benar,” katanya.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat menegaskan, buat masa ini, sasaran edaran hanya kepada rakyat kawasan Seremban.

“Insya’allah jika ada sesiapa yang sudi membantu kita dari segi dana, kita akan cuba menerbitkan pula untuk edaran kawasan lain selepas berbincang dengan rakan Pakatan Negeri Sembilan,” tambahnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15990

Posted by on Jun 27 2011. Filed under AKTIVITI & CERAMAH, BUKU JINGGA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE