KEADILAN fail kes pelajar India dinafi ke sekolah Jumaat ini

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 4 Dis: KEADILAN akan memfailkan kes S Logeswaran, pelajar keturunan India yang lahir di negara ini tetapi dihalang ke sekolah, Jumaat ini, kata Naib Presidennya, N Surendran.

“Kes ini akan kita failkan di Mahkamah Jalan Duta pada 7 Disember ini,” katanya ringkas ketika ditemui di Balai Polis Travers hari ini selepas diminta memberi keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu kewarganegaraan masyarakat India.

Pada 9 November lalu, Surendran yang juga peguam hak asasi dalam sidang medianya mendedahkan, Logeswaran dinafi ke sekolah walaupun ibu bapanya, M Tamilselvi dan Sarathrajan adalah warganegara.

Logeswaran yang merupakan anak sulung dari empat beradik hanya sempat bersekolah hingga darjah tiga sebelum dihalang meneruskan persekolahan atas alasan ayahnya tiada kad pengenalan.

Kanak-kanak itu dinafi dari memakai lencana sekolah dan hanya ditempatkan di penjuru sekolah.

Menurut Sarathrajan, beliau pernah memohon lebih 10 kali kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memiliki kad pengenalan, tetapi gagal dan pelbagai alasan diberikan.

“Hingga kini hak saya dinafi sedangkan sangat jelas saya merupakan warganegara Malaysia yang sah sebagaimana tertera dalam sijil kelahiran dengan nombor daftar F685911,” katanya.

Berdasarkan sijil kelahiran, Sarathrajan dilahirkan pada 4 Disember 1982 jam 7.40 pagi di Hospital Daerah Kuala Lipis, Pahang, berketurunan India, dan taraf kewarganegaraan adalah warganegara.

Dinyatakan sekali nombor kad pengenalan beliau dalam sijil lahir itu, 821201-06-5825, manakala isterinya memiliki kad pengenalan biru bernombor 791114-08-5852.

“Apa yang paling saya kesalkan, JPN beritahu boleh memberi sijil lahir kepada Logeswaran tanpa nama saya.

“Ini sangat pelik sedangkan seorang lagi anak saya, Dunish Kumar ada tertera nama saya,” katanya menyifatkan tindakan JPN itu penghinaan kepadanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40641

Posted by on Dec 4 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google