KEADILAN gesa Indonesia, Turki pimpin inisiatif damaikan Arab-Qatar

KUALA LUMPUR 12 JUN: Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa dua negara Islam terbesar iaitu Turki dan Indonesia mengetuai usaha untuk meleraikan ketegangan di antara negara-negara Arab dan Qatar.

“Kami mengusulkan agar dua negara Islam yang besar, yakni Indonesia dan Turki segera mengambil inisiatif dalam usaha meleraikan ketegangan dan mencari perdamaian,” katanya dalam kenyataan.

5 Jun lalu, Arab Saudi dan sekutunya iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Ia dibuat susulan dakwaan yang menuduh Doha terlibat dengan kegiatan keganasan dengan mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.

Doha juga didakwa mendukung agenda Iran yang tidak sebulu dengan Arab Saudi.

Sementara itu, Wan Azizah yang juga merupakan Ketua Pembangkang berharap Indonesia dan Turki dapat mengepalai usaha membersihkan nama Islam yang mutakhir ini kerap kali dikaitkan dengan keganasan.

“Paling dikesalkan adalah meningkatnya keganasan yang dicetuskan atas nama Islam; dahulunya al Qaeda dan kini ISIS.

“Ribuan rakyat awam yang tidak berdosa menjadi mangsa, di Jakarta, Mindanao, Paris, Kabul dan London.

“Masalah pokok yang membelenggu umat dan pencinta keadilan, iaitu Palestin kian terpinggir.

“Sementara itu, kekejaman di Syria berlarutan dan terus dijadikan gelanggang pertarungan kuasa besar.

“Adalah dikhuatiri gejala tersebut turut mengheret imej Islam dan Muslimin dan seolah-olah negara Islam tidak berjaya menangani masalah tersebut,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70094

Posted by on Jun 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE