KEADILAN gesa pinda SOSMA agar selaras hak asasi

KEADILAN menggesa kerajaan agar meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA agar ia selari dengan prinsip hak asasi manusia dalam menentang sebarang bentuk keganasan.

“Pendirian KEADILAN mengenai isu keganasan konsisten, di mana parti tegas menentang sebarang bentuk terorisme.

“Pada masa yang sama, KEADILAN tidak bersetuju dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dan tidak bersetuju dengan penggunaan undang-undang drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA.

“KEADILAN berpendirian bahawa beberapa peruntukan dalam SOSMA perlu dipinda untuk menyelaraskan undang-undang tersebut dengan prinsip hak asasi manusia sejagat yang diperjuang KEADILAN selama ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam kenyataan.

Pada masa sama, Fahmi berkata KEADILAN juga berharap pihak polis menyenaraikan organisasi-organisasi yang dikategorikan sebagai pengganas

“KEADILAN turut memohon agar pihak Polis Di-Raja Malaysia menjelaskan senarai terkini organisasi atau fahaman yang ditakrif sebagai teroris, agar orang ramai tahu, sedar serta mengelak dari terlibat dalam sebarang bentuk dengan organisasi-organisasi atau fahaman-fahaman tersebut,” kata Fahmi.

Gesaan ini dibuat selepas tiga pemimpin DAP didakwa atas tuduhan menyokong gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) – sebuah pertubuhan pengganas yang tidak lagi beroperasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74224

Posted by on Nov 1 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE