KEADILAN isytihar ‘perang’ di Johor, Sabah & S’wak tumbangkan BN

Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.

Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN bakal meniupkan semboyan ‘perang’ di negeri kubu kuat Umno – Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencapai misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, persaingan sengit yang akan berlaku di tiga negeri itu pastinya memberi tamparan hebat buat Umno BN.

“Kerusi panas bagi KEADILAN, banyak di Johor, Sabah dan Sarawak. Kita akan tumpu untuk rampas lebih banyak kerusi di semua negeri ini daripada Umno BN.

“Medan perang penentuan akan berlaku di ketiga-tiga negeri ini, walaupun kita sedar kerusi-kerusi berkenaan sejak dulu tidak pernah jatuh kepada Pakatan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengenai sasaran kemenangan, Tian berkata, secara komited Pakatan boleh memenangi 25 hingga 30 kerusi di negeri-negeri tersebut.

Target kerusi daripada tiga-tiga negeri ini kita boleh dapatkan secara total, 25 hingga 30 kerusi.

“Untuk memerintah kita perlukan 112 kerusi secara minimum. Untuk menang selesa, kita perlukan 120 kerusi,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.

Tian berkata, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan rakyat setiap kali turun padang ke sana menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalannya ‘panas punggung’.

“Kali ini boleh dikatakan semua kerusi panas ditandingi kedua-dua pihak. Kita nampak Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri untuk kita lihat bagaimana penerimaan rakyat,” katanya tanpa menamakan senarai kerusi terbabit.

“Sebab itulah Najib (Razak) dan Muhyiddin (Yassin) setiap dua minggu ulang alik ke Johor, Sabah dan Sarawak,” sambung Tian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42436

Posted by on Jan 4 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE