KEADILAN Johor anjur forum “Isu Tanah di Johor: Masalah dan penyelesaian” 12 Feb

KEADILAN Johor akan menganjurkan satu forum yang bertajuk “Isu Tanah di Johor: Masalah dan Penyelesaian” pada 12 Februari 2013 hari Selasa jam 3.00 petang hingga 6.30 petang di Li Garden Seafood Restaurant, No. 1, Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Chua Jui MengPengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng pada jam 2.30 petang tadi serah sendiri surat jemputan ke Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor untuk menjemput Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman supaya merasmikan serta mengambil bahagian dalam Forum Isu Tanah tersebut. Surat jemputan tersebut telah diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor, Mohd Haffiz.

Ahli-ahli panel lain yang bakal hadir forum itu antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, MPN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Naib Pengerusi MPN Johor, Hassan Abdul Karim dan Ketua Biro Guaman Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Menurut Datuk Chua Jui Meng, Forum Isu Tanah ini merupakan satu peluang yang baik untuk penduduk-penduduk di Johor yang terjejas oleh pengambilalihan tanah dan menghadapi masalah masing-masing supaya dapat tahu bagaimana isu tanah di Selangor dan Perak boleh diselesaikan oleh Kerajaan Negeri KEADILAN /Pakatan Rakyat.

“Penduduk-penduduk di Johor juga digalakkan untuk mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan masalah yang dihadapi supaya boleh diselesaikan oleh Kerajaan Johor yang akan dipimpini oleh KEADILAN/Pakatan Rakyat,” kata
Jui Meng.

(Willham Siau)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44482

Posted by on Feb 6 2013. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google