KEADILAN Johor seru muhasabah, kerja keras

KEADILAN Johor menyeru agar gabungan Pakatan Harapan bekerja lebih keras dan merenung diri susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata kekalahan itu adalah satu iktibar untuk tidak mengambil mudah mandat yang diberikan rakyat.

“Keputusan PRK ini wajar dianalisis dan diperhalusi dengan lebih mendalam supaya kelemahan mahupun kekuatan dapat dikenal pasti. Satu muhasabah perlu dilaksanakan segera.

“Pakatan Harapan tetap utuh sebagai kerajaan Johor dan kerajaan Pusat.

“Oleh yang demikian agenda reformasi wajib diteruskan dan gerakerja membina semula negara Malaysia tercinta perlu diperhebatkan,” kata anggota Pparlimen Ledang itu dalam kenyataan.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan calon Harapan, Karmaine Sardini tewas kepada calon BN dalam pertandingan enam penjuru.

Kekalahan itu menyebabkan Harapan hilang satu kerusi di Dewan Rakyat kepada BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74309

Posted by on Nov 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE