KEADILAN lancar jualan sampul duit Raya

KEADILAN hari ini melancarkan jualan sampul duit raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata pihaknya mensasarkan 100,000 keping untuk dijual manakala bagi fasa pertama ini 20,000 keping siap dicetak untuk jualan pada minggu depan.

“Ini adalah projek pertama dilaksanakan di peringkat ibu pejabat kerana sebelum ini ia hanya dibuat atas inisiatif pemimpin di kawasan masing-masing.

“Saya yakin inisiatif ini juga secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan di antara parti KEADILAN dengan masyarakat khususnya selain ia turut mengingatkan kita untuk sentiasa berhemah dan tidak membazir ketika di bulan Ramadan,” kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan jualan sampul duit raya itu pagi ini.

Sementara itu, Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata jualan sampul raya itu adalah hasil kerjasama antara Biro Komunikasi KEADILAN dan pejabat Bendahari Agung KEADILAN.

Hasil jualan akan disalurkan untuk aktiviti parti, kata Lee.

“Duit yang diterima adalah untuk Ibu Pejabat KEADILAN dan akan digunakan untuk kegunaan keperluan parti contohnya maskot, membuat kek bulan halal ketika sambutan Tahun Baru Cina dan lain-lain,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu.

Menurut Lee, sampul tersebut dijual pada harga RM2 sahaja untuk setiap lima keping di dalam satu peket.

Setiap tempahan melebihi 50 peket akan menerima pengecualian kos penghantaran.

Manakala tempahan melebihi 100 peket akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus dan pengecualian kos penghantaran.

Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi Puan Hana di talian 03-78850530.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73438

Posted by on May 9 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE