KEADILAN lantik 13 pemerhati proses serahan undi pos luar negara

(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 11 APRIL: KEADILAN melantik 13 pemerhati bagi mengawasi dan melihat proses penyerahan undi pos di luar negara untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Antara negara terlibat termasuk Melbourne di Perth, Canberra di Australia, London di United Kingdom, Los Angelas di Amerika Syarikat, Wellington di New Zealand, China dan Hong Kong.

“Negara-negara ini mempunyai pengundi pos yang ramai. Kita dah angkat 13 orang wakil KEADILAN untuk bertugas di pejabat Suruhanjaya Tinggi, pejabat Konsul Jeneral dan Kedutaan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengudian pos PRU 13 pada 30 April. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50018

Posted by on Apr 11 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google