KEADILAN menang di Sungai Kandis

Calon KEADILAN Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis.

Zawawi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperoleh 15,427 undi berbanding 9,585 undi untuk Lokman Noor Adam daripada BN.

Keputusan rasmi menunjukkan jumlah pemilih keluar mengundi adalah 49.4 peratus.

Jumlah keluar mengundi di bawah 50 peratus ini jauh meleset berbanding jangkaan SPR dan Instutut Darul Ehsan (IDE) Selangor yang mensasarkan 80 dan 81 peratus pengundi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang hadir pada majlis pengumuman rasmi SPR mengucapkan syabas dan selamat berkhidmat kepada Zawawi.

“Syukur Alhamdulillah Sungai Kandis kekal menjadi kubu kuat KEADILAN.

“Syabas dan tahniah kepada Ustaz Zawawi Mughni. 

“Selamat berkhidmat dan meneruskan kecemerlangan prinsip peduli rakyat,” akaun Facebook beliau dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72130

Posted by on Aug 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE