KEADILAN mohon mengadap Sultan Selangor

 

KUALA LUMPUR 20 SEPT:  KEADILAN akan memohon untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata Biro Politik KEADILAN yang dihadiri pimpinan kanan bermesyuarat semalam lanjutan perkembangan terbaru mengenai  isu itu.

SAIFUDDIN_NASUTION“KEADILAN mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.

“Oleh yang demikian, KEADILAN merafa’ sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah,” ujarnya.

Bernama kelmarin melaporkan, istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin, sebelum istiadat mengangkat sumpah.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63028

Posted by on Sep 20 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE