KEADILAN pecat dua anggota parti

KEADILAN semalam mengumumkan pemecatan dua orang anggota parti susulan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar dua individu tersebut dikenakan tindakan.

Cadangan tersebut dibuat SPRM selepas menerima laporan dakwaan salah laku pada pemilihan parti yang lalu dan satu siasatan yang menyeluruh melibatkan semua pihak dilakukan, kata Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“KEADILAN hari ini (semalam) telah mengumumkan pemecatan dua anggota, iaitu Zakaria bin Abdul Hamid dan Ismail bin Dulhadi, sebagai langkah susulan daripada  siasatan penuh SPRM terhadap satu dakwaan salah laku rasuah yang dipercayai berlaku sewaktu proses pemilihan parti pada 2018.

“Siasatan SPRM ini adalah berdasarkan satu laporan yang dibuat anggota parti, Syukri Razab, pada 25 September 2018 yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Fahmi lagi, Lembaga Disiplin kini akan memaklumkan kepada SPRM akan tindakan yang dikenakan terhadap dua individu tersebut.

“Maka berdasarkan siasatan SPRM yang menyeluruh ini, Majlis Pimpinan Pusat telah mengambil pendirian bahawa siasatan SPRM itu lengkap, menyeluruh dan mendalam.

“Oleh sebab itu, tiada keperluan untuk parti membuat siasatan tambahan.

“MPP juga telah menerima cadangan Lembaga Disiplin agar dua individu tersebut dipecat.

“Majlis Pimpinan Pusat juga berpendirian bahawa terserah kepada pihak SPRM sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau tidak,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74344

Posted by on Nov 25 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE