KEADILAN rakam takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah tahfiz

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah dan simpati daripada parti dan kepimpinan Pakatan Harapan kepada keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau yang meluangkan masa menziarahi sekolah tersebut pagi ini berbuat demikian menerusi hantara Facebook beliau.

“Bagi pihak seluruh kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan, kami merakamkan rasa sedih dan pilu tatkala menziarahi Maahad Tahfiz Ittifaqiah yang terbakar Subuh tadi.

“Semoga anak-anak ini ditempatkan di Jannatul Firdaus,” katanya.

Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut melahirkan simpatinya terhadap pelajar-pelajar yang terkorban dalam tragedi itu.

“Saya berdoa semoga anak-anak huffaz ini diberi ganjaran syahid dan diangkat kedudukan mereka pada kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah,” tulis Azmin di akaun Twitter-nya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli pula berpesan kepada orang ramai agar mengekang diri daripada meluahkan komen-komen yang tidak kena pada tempatnya terhadap insiden tersebut.

“Saya doakan kita kurangkan komen yang boleh mengguris hati sesiapa dalam kebakaran di maahad tahfiz.

“Ini masa untuk bersedih bagi ruang kepada keluarga,” tulis Rafizi.

24 orang dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara awal pagi ini.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Mereka yang mati terdiri daripada 22 orang pelajar dan dua orang warden dalam kebakaran yang bermula pada 5.15 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran di pusat tahfiz itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi dan kereta bomba dan penyelamat bersama 36 anggota berkejar ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 6.15 pagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70511

Posted by on Sep 14 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE