KEADILAN sah bertanding PRK Sungai Kandis

Pakatan Harapan sah akan menurunkan calon KEADILAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Kandis susulan kematian penyandangnya, Shuhaimi Shafiei, Isnin lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setakat ini gabungan itu belum memuktamadkan calon tersebut.

“Seorang daripada wakil rakyat kita meninggal di Sungai Kandis dan kita akan buat persiapan untuk adakan pilihan raya kecil dan calon Harapan adalah daripada KEADILAN,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN, di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Harapan berkata untuk PRK Sungai Kandis, calon itu akan bertanding menggunakan simbol dan bendera KEADILAN.

Sementara itu. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau sudah ada senarai nama calon yang berpotensi.

“Dalam kepala saya ada (senarai calon)…cuma perlu sampaikan kepada pucuk pimpinan KEADILAN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Manandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan empat buah institusi yang disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Shah Alam, semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71977

Posted by on Jul 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE