KEADILAN Sarawak kesal suspek pembunuhan Bill Kayong dilepaskan

(Oleh: Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 7 JUN: Tindakan Mahkamah Tinggi melepaskan tiga lelaki yang merupakan suspek dalam pembunuhan aktivis KEADILAN, Bill Kayong merupakan satu tamparan hebat kepada keluarganya dalam menuntut keadilan kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
Katanya, umum jelas mengetahui bahawa Bill atau nama islamnya Mohd Hasbie Abdullah dibunuh ekoran mempertahankan tanah adat orang asal di negeri itu, namun pihak pendakwaan gagal untuk meletakkan kes yang munasabah terhadap dalang.
“Sesuatu keputusan adalah berdasarkan bukti dibentangkan kepada mahkamah, dan tanpa hujah kuat, pihak pendakwaan gagal melepasi peringkat pertama
“Apa yang ada kini untuk keluarga Bill Kayong? Dimana keadilan itu? Sesungguhnya ini adalah hari yang gelap untuk kita semua.
“Sekali lagi, mesej kepada penduduk asal Sarawak adalah bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan penindasan masyarakat mereka dan penafian hak-hak mereka,” katanya dalam kenyataan media.
Hakim Mahkamah Tinggi, Ravinthran N Paramaguru berkata pihak pendakwa tidak berjaya memberikan bukti secukupnya mengenai penglibatan Datuk Stephen Lee Chee Kiang serta pembantu peribadinya Chin Wui Ching dan pemilik pub Lie Chang Loon, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan Bill, yang juga setiausaha KEADILAN Miri itu.
Bagaimanapun, Ravinthran memerintahkan Mohamad Fitri Pauz yang dituduh menembak mati Bill pada 21 Jun, 2016, membela diri.
Tegas Baru Bian lagi, sekiranya benar Lee tidak bersalah, tiada sebab dia perlu melarikan diri ke Australia dan kemudian ke China sebelum ini.
“Selepas semua usaha yang diambil untuk menangkap beliau, beliau dibebaskan kerana bukti tidak mencukupi?
“Ini adalah satu jenaka yang lengkap dan menunjuk kepada kekurangan yang serius di pejabat pendakwa itu.
“Bagaimana tahap kecekapan timbalan pendakwa raya dalam menangani kes jenayah besar?” soalnya
Lee dipercayai ke Singapura dua hari selepas polis melancarkan pemburuan merentas sempadan bagi menangkapnya, sebelum ke Australia 10 hari kemudian sehingga memaksa polis meminta bantuan Interpol.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70068

Posted by on Jun 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE