KEADILAN sokong jasa & perjuangan polis, tentera pertahan negara

KUALA LUMPUR 13 MAC: KEADILAN mengulangi tekad dan komitmen menyokong usaha pasukan anggota keselamatan mempertahan kedaulatan dan memelihara keamanan negara.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali menyatakan demikian dalam kenyataan yang dibacakannya pada sidang media hari ini.

AzminSenada dengan pendirian itu, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Kedua-dua mereka turut hadir di ibu pejabat parti.

Di bawah adalah kenyataan penuh Azmin.

Pagi ini, Datuk Ghafir dan YB Nurul Izzah bersama saya ingin mengulangi tekad dan komitmen kami untuk bersama-sama ATM dan PDRM dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan memelihara keamanan negara.

Kami juga ingin mendukung segala langkah yang diambil oleh ATM dan PDRM dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Anggota keselamatan kita telah mencurahkan khidmat mereka dengan baik dan profesional dan ramai di kalangan mereka telah terkorban dalam misi untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Mereka adalah wira-wira negara yang menjadi kebanggaan kita semua. Keluarga dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban perlu diberikan penghargaan melalui jaminan program kebajikan termasuk pendidikan, perumahan dan pelan insuran kesihatan untuk mereka sebagai membalas pengorbanan wira-wira negara.

Untuk maksud ini, saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu atas prinsip dan pendirian yang jelas demi kemakmuran dan keselamatan rakyat Malaysia. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47185

Posted by on Mar 13 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google