KEADILAN tak tunduk desakan perkauman pilih calon

KEADILAN tidak akan tunduk dengan desakan perkauman yang mahu melihat calon Melayu diletakkan menentang bekas menteri besar Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wakil rakyat yang dipilih boleh mewakili mana-mana kaum tanpa mengorbankan kepentingan kaum beliau.

“Kita berbincang dan kita teliti kita lebih menekankan tentang sifat kita di negara ini.

“Menteri besarnya (di Negeri Sembilan) adalah seorang Melayu yang tentunya tidak akan mengorbankan kepentingan penduduk Melayu.

“Sekarang kita tegak atas prinsip menjaga kepentingan semua kaum maka kita setuju mencalonkan calon India,” katanya pada sidang media mengumumkan calon PRK Rantau semalam.

Semalam, Dr Streram Sinnasamy diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRK Dewan Undangan Negeri Rantau.

Beliau sebelum ini dinafikan hak bertanding secara tidak adil apabila dihalang masuk ke pusat penamaan calon atas alasan tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Susulan keputusan itu, SPR mengumumkan hari penamaan calon bagi PRK pada 30 Mac manakala hari mengundi pada 13 April ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73084

Posted by on Mar 12 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE