KEADILAN Terengganu lancar Skuad RAKIT hadapi banjir

KEADILAN Terengganu mengambil langkah proaktif dalam membantu orang ramai untuk menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh dengan penubuhan Skuad RAKIT (Rescue Angkatan Keadilan Terengganu) pada 25 November lalu.

Pelancaran skuad sukarelawan itu dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar merangkap Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail di Gong Badak.

“Skuad ini diwujudkan bertujuan untuk membantu seluruh rakyat negeri Terenganu khususnya bagi menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

“Skuad Rakit mengalu-alukan penyertaan daripada masyarakat di luar sana yang ingin bersama-sama untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan skuad ini,” kenyataan Skuad RAKIT dipetik.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Ketua Wanita KEADILAN Terengganu, Syarifah Norhayati Syed Omar dan Ketua Pemuda Harapan Terengganu, Hasbie Muda.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70784

Posted by on Nov 28 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE