KEADILAN: Tiada pertindihan kerusi dengan DAP & PAS di Sabah

(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 17 APRIL: Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, tidak ada pertindihan kerusi antara calon Pakatan Rakyat termasuk PPS dan APS yang menggunakan lambang KEADILAN dengan parti PAS dan DAP.

“Kita dah rujuk kepada PAS dan DAP. Dalam Pakatan Rakyat Sabah, tidak ada pertindihan kerusi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menjawab soalan wartawan, Thamrin tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dan parti negeri Sabah seperti Parti Porgresif Sabah (SAPP).

Thamrin“Orang Sabah kini bercakap mengenai gambaran yang lebih besar. Kita mahu menukar kerajaan. Sekarang adalah masanya untuk Sabah menjadi barisan hadapan menyumbang (kemenangan) untuk ke Putrajaya.

“Tidak ada sentimen parokial (kenegerian). Itu akan memisahkan Sabah dengan politik arus perdana di negara ini,” tegas Thamrin.

Kata Thamrin, KEADILAN Sabah telah melalui beberapa pusingan rundingan serta perbincangan dengan komponen Pakatan Rakyat di Sabah manakala KEADILAN Pusat bersetuju dengan nama-nama yang dicalonkan.

“Kita berpuas hati dengan sebilangan nama-nama yang dikemukakan,” katanya.

Mengulas senario Pilihan Raya Umum ke-13 di kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Thamrin berkata, isu tersebut tidak boleh dijadikan isu politik.

“Kita bercakap tentang keselamatan. Saya tak fikir ESSCOM akan diguna atau disalahguna oleh Barisan Nasional untuk mencipta sesuatu yang memberikan mereka kelebihan.

“Ini isu keselamatan, bukan tentang politik,” tegas Thamrin. – SDQ

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50615

Posted by on Apr 17 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google