KEADILAN tolak politik kotor – Saifuddin Nasution

KEADILAN menolak sebarang bentuk permainan politik kotor dan komited untuk terus membangunkan negara dan membantu rakyat, kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, gaya permainan politik kotor tidak membawa sebarang keuntungan kepada agenda membangunkan negara yang sedang digerakkan kerajaan Pakatan Harapan.

“KEADILAN tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor terutamanya apabila kerajaan baharu Harapan dipilih oleh rakyat atas semangat agenda Reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara.

“KEADILAN sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan akan terus fokus membantu kerajaan Persekutuan merangka dasar-dasar dan program untuk rakyat.

“Gaya dan cara berpolitik seperti ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar penyebaran video fitnah yang sedang tular dihentikan dengan serta-merta.

Semalam, foto dan video lucah menyerupai seorang menteri dengan seorang lelaki tular dalam media selepas disebarkan kepada kumpuan wartawan dan ahli politik menerusi kumpulan WhatsApp.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73575

Posted by on Jun 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE