Keahlian baru selepas 26 Jun tak layak mengundi

Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa mereka yang mendaftar selepas 26 Jun tidak layak mengundi dalam Pemilihan KEADILAN 2018.

“Ada kira-kira 840,000 pengundi sekarang.

“Sesiapa yang mendaftar sebagai ahli antara 9 Mei hingga 26 Jun layak mengundi. Bagi mereka yang mendaftar selepas itu tidak boleh (menyertai pemilihan parti kali ini),” katanya kepada media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Saifuddin, keahlian KEADILAN meningkat kerana parti ini kini adalah kerajaan.

“Peningkatan berlaku disebabkan terutamanya kerana KEADILAN membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan.

“Daya penarik ini begitu kuat berbanding semasa KEADILAN menjadi pembangkang.

“Kedua, kemasukan anggota baru menunjukkan keyakinan semakin tinggi daripada orang ramai terutama terhadap KEADILAN,” kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu.

Sejumlah 105,056 anggota KEADILAN layak mengundi dalam pemilihan parti yang bermula di Kedah dan Pulau Pinang, esok.

49,924 anggota layak mengundi di Kedah yang melibatkan 15 cabang manakala 55,132 anggota akan mengundi di 13 cabang di Pulau Pinang.

Pada pemilihan tersebut anggota akan memilih jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat, ketua Wanita pusat dan ahli majlis pimpinan pusat.

Pada pemilihan itu juga anggota akan memilih pemimpin di peringkat cabang iaitu ketua cabang, timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan 15 ahli jawatankuasa cabang, selain ketua AMK cabang, timbalan ketua AMK cabang, naib ketua AMK cabang dan 15 ahli jawatankuasa AMK cabang.

Selain itu turut dipilih ialah ketua Wanita cabang, timbalan ketua Wanita cabang, naib ketua Wanita cabang dan tujuh ahli jawatankuasa Wanita cabang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72338

Posted by on Sep 21 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE