Tentera yakin Pakatan mampu jaga kebajikan

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 4 Feb: Menjaga kebajikan tentera bukan kerana mereka penjawat awam, tetapi pengorbanan yang diberikan demi menjaga keamanan negara.

Demikian menurut Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, menyifatkan kerajaan Umno BN lepas tangan isu kebajikan tentera menyebabkan golongan itu kecewa.

Demo tentera“Kebajikan bukan bermula apabila mereka pencen, tetapi isu kebajikan perlu diutamakan ketika mereka masih berkhidmat termasuk untuk keluarga tentera.

“Mereka bekerja 24 jam untuk jaga keamanan negara. Cuti kalau dipanggil (bertugas), mereka terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dalam keadaan negara aman, sepatutnya keperluan dan kebajikan tentera diutama berbanding membeli peralatan yang difikirkan tidak perlu.

“Kerajaan patut tumpu dan utamakan kebajikan tentera seperti peruntukan perumahan dan agihan bantuan.

“Bukan kita menolak daripada membeli peralatan senjata, tetapi tengok apa yang lebih penting. Sekiranya keperluan mereka lengkap, tiada apa yang akan dipertikaikan asalkan berguna untuk menjalankan tugas,” ujarnya yang berkhidmat 30 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kata Penasihat Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) itu lagi, jika kerajaan mengutamakan kebajikan tentera, mereka akan lebih bersemangat menabur bakti kepada negara seperti dijanjikan Pakatan Rakyat.

“Kalau keluarga dan kebajikan mereka kita jaga betul-betul, mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja.

“Itu adalah motivasi kepada mereka. Saya yakin ramai yang akan sertai tentera. Tiada sebab mereka menjalankan tugas sambil lewa,” katanya.

Pakatan Rakyat mahu tingkat kebajikan anggota tentera, polis apabila diberi mandat mentadbir negara.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara.

Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tengah, Melaka petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44335

Posted by on Feb 4 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google