Kedaifan PPR Lembah Subang 1 dapat perhatian Zuraida

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memantau projek pembangunan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Sumbang 1.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha akan ditubuhkqn untuk memantau projek pembangunan semula melibatkan 3,004 unit di lapan blok perumahan tersebut.

Menurutnya, PPR Lembah Subang 1 selama ini mempunyai badan bertindak sendiri sekali gus menjadi punca flat itu terbiar.

“Walaupun flat ini sudah berusia 18 tahun namun ia tua sebelum usianya dengan pengurusan kurang cekap dan tidak efisien.

“Kita cuba mencari model dan meneliti konsepnya dengan memberikan satu rumah baharu lebih selesa mengikut Dasar Perumahan Negara baharu yang akan dikeluarkan pada September,” katanya, memetik laporan SelangorKini.

Tambahnya, kementerian komited untuk melaksanakan program jangka pendek bagi menangani masalah lif, pengurusan air dan sampah serta keselamatan.

Beliau juga mahu jawatankuasa penduduk dengan keanggotaan minimum 10 orang diwujudkan bagi memantapkan pentadbiran di kawasan perumahan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72170

Posted by on Aug 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE