‘Kedurjanaan’ MO1 punca FELDA tanggung liabiliti

Bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ (MO1) merupakan punca Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menanggung liabiliti tinggi, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Katanya lagi, Najib juga merupakan individu yang menyegerakan urusniaga pembiayaan pelaburan menerusi Kementerian Kewangan.

“Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah.

“Kesan tindakan durjana ini menyebabkan Felda menanggung liabiliti yang tinggi. Situasi Felda menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir korporat,” katanya ketika membentangkan Kertas Putih Felda di Dewan Rakyat.

Kedudukan kewangan Felda katanya juga bertambah parah akibat pembelian aset pada kadar yang terlalu tinggi.

“Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.

“Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta,” katanya lagi.

Kertas Putih Felda dibentangkan hari ini berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang melampau institusi itu yang menjangkau RM8 bilion.

Bertemakan ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’, ia antara lain mengemukakan usaha kerajaan melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti dibentang dalam Kertas Perintah Bil 6 Tahun 2019.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73288

Posted by on Apr 10 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE